UTHM Conference Portal, Seminar Pendidikan Johor 2016

Font Size: 
PERLAKSANAAN “PROGRAM MINGGUAN KESIHATAN” DAN KESANNYA TERHADAP PENINGKATAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
AZIMIN ABD ARZIS

Last modified: 2016-09-20

Abstract


PERLAKSANAAN “PROGRAM MINGGUAN KESIHATAN” DAN KESANNYA TERHADAP PENINGKATAN TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

AZIMIN BIN ABD. ARZIS

PROF. MADYA DR. MOHD. TAIB BIN HARUN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2016

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan khusus untuk mengatasi masalah pelajar Tingkatan 4 di SMK Saratok, Sarawak dalam menguasai tajuk berteraskan kesihatan dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 4. Seramai 52 orang pelajar Tingkatan 4 daripada kelas berpencapaian sederhana dan rendah telah dipilih untuk mengikuti program ini. Berdasarkan kepada tinjauan awal yang dilaksanakan, kebanyakan pelajar Tingkatan 4 di sekolah ini amat berminat dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, namun minat pelajar hanya tertumpu kepada tajuk yang melibatkan pergerakan fizikal sahaja, seperti Tunjang Kemahiran Sukan dan Rekreasi dan Tunjang Kesenggangan. Berdasarkan kepada analisis terhadap keputusan peperiksaan Penggal I pelajar serta analisis item yang dijalankan mendapati bahawa hampir 80% pelajar dalam kategori  kelas sederhana dan lemah tidak dpat menjawab soalan peperiksaan yang berkaitan dengan baik. Dalam kajian ini, pelajar akan diperkenalkan dengan Program Mingguan Kesihatan yang akan menerapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti pameran, kuiz, eksplorasi, penyiasatan, dan permainan. Setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program ini diolah dengan berpandukan kepada Teori Pembelajaran Kognitif seperti Teori Beban Kognitif (Cognitive Load Theory) dan Teori Pembelajaran Transformatif (Transformative Learning Theory). Ini adalah bagi memastikan aspek kognitif pelajar dapat dirangsang secara optimum semasa program ini dilaksanakan, sekaligus dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran dan intipati maklumat yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pada akhir kajian ini, satu ujian akan dilaksanakan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar selepas program ini dilaksanakan, dan analisis statistik Ujian- T akan digunakan bagi melihat sama ada terdapat perkaitan di antara perubahan tahap pencapaian pelajar dalam peperiksaan dengan perlaksanaan Progran Mingguan Kesihatan di sekolah.

 

Kata kunci : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Program Mingguan Kesihatan,Teori Pembelajaran Kognitif,  tahap pencapaian pelajar.