Last modified: 2016-09-28
Abstract
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN GURU DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH SARATOK.
MARLIA BINTI BAHAROM
PROF MADYA DR NORLENA BINTI SALAMUDDIN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016
ABSTRAK
Pada abad ke-21 ini , aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang penting untuk diterapkan dalam diri para pelajar. Hal ini kerana aktiviti kokurikulum di sekolah adalah bermatlamat untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan juga fizikal. Oleh itu guru merupakan individu yang memainkan peranan utama dalam merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Induk Pendidikan negara iaitu melahirkan pelajar ynag seimbang dari aspek Emosi , Jasmani , Rohani dan Intelek. Kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor utama yang boleh mempengaruhi tahap penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah . Selain itu, kertas konsep ini ingin mengenal pasti permasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh para guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Perbincangan ini turut mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan lagi motivasi dan komitmen guru-guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum agar para pelajar dapat mendapat impak yang positif dalam penyertaan mereka .
Kata kunci: kokurikulum, guru, sekolah menengah, faktor-faktor ,mempengaruhi penglibatan.