UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
KEBERKESANAN PENGGUNAAN VISUAL MNEMONIK (SISTEM SURIA)
Zulinda Ayu Zulkipli

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah Visual Mnemonik dalam membantu pelajar mengingati topik sistem suria. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid dari tahun tiga yang memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian akhir tahun. Data-data dalam kajian ini dikumpulkan melalui pemerhatian, temubual, soal selidik, ujian pra dan ujian pasca dan di terangkan menggunakan kaedah analisis statistik. Dari ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan, jumlah skor ujian pra didapati pada 35%, manakala jumlah ujian pasca didapati pada 99.5%. Min jawapan yang betul bagi ujian pra didapati pada 3.50, manakala min bagi ujian pasca dikirakan pada 9.95 berbanding sepuluh soalan yang diberikan. Kesannya dapat diperhatikan perbezaan yang besar diantara ujian pra dan ujian pasca. Bilangan kekerapan tertinggi ujian pra didapati pada 20 % dan ia berubah secara mendadak sehingga 100% selepas kaedah Visual Mnemonik diperkenalkan. Median bagi ujian pra didapati pada 30%, sementara median bagi ujian pasca didapati meningkat kepada 95%. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa tahap keyakinan pelajar meningkat dan kesungguhan untuk menjawab soalan meningkat. Seterusnya, merubah suasana di dalam kelas menjadi lebih menggalakkan dengan penglibatan aktif pelajar. 90-95% pelajar bersetuju bahawa penggunaan mnemonik visual adalah sangat membantu mereka menghafal sistem solar dan contoh dengan mudah. Melalui kajian ini, pendekatan mnemonik yang sesuai dan berkesanannya keatas topik-topik yang berkaitan dengan sistem solar telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam pasca ujian berbanding dengan pra-ujian..

Keywords – Kaedah Pengajaran, Visual Mnemonik, Model Informasi-Proses, Memori Pembelajaran