UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Perbandingan Beban Tugas Guru Terhadap Penggunaan Teknologi Di Tiga Buah Kolej Vokasional Di Negeri Johor Noorazman Abd Samad1, Hairuddin Harun2, Nurazyan Zahidah Zakaria3, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad4 Faculty of Technical
NOORAZMAN BIN ABD SAMAD

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kekangan masa para guru akibat beban tugas yang banyak daripada akademik dan bukan akademik menjadikan masa untuk mereka mempelajari ilmu teknologi menjadi tipis. Oleh itu, kemahiran guru dalam mengendalikan teknologi juga tidak dapat ditingkatkan menyebabkan penggunaan teknologi kurang dititik beratkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan beban tugas guru terhadap penggunaan teknologi di tiga buah Kolej Vokasional di negeri Johor. Kajian ini dijalankan dalam kaedah tinjauan berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik keatas 110 orang sebagai sampel kajian. Kajian rintis dijalankan untuk mendapatkan nilai alpha bagi instrument kajian di mana nilai alpha beban akademik ialah α  = 0.803, beban akademik rutin ialah α = 0.809, beban akademik bermusim ialah α = 0.813, beban bukan akademik ialah α = 0.826, beban bukan akademik rutin α = 0.800, beban akademik bermusim ialah α = 0.810, kekangan dalam penggunaan sumber teknologi ialah α = 0.810 dan penggunaan teknologi ialah α = 0.819. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana aspek kepuasan dan kewibawaan guru merupakan aspek penting bagi mencapai guru yang berkaliber dan berkemahiran dalam mengendalikan teknologi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada kajian ini diharap dapat membantu dan dimanfaatkan oleh semua pihak bahawa beban tugas guru pada masa kini amatlah mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal terutama bagi mengaplikasikan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

 

Kata kunci: Beban Tugas Guru, Penggunaan Teknologi,Guru-Guru Teknikal,Kolej Vokasional