UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS: SATU KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI KOTA BELUD, SABAH
TAN CHOON KEONG, LEE KEAN WAH, YOON SOOK JHEE, ABDUL SAID AMBOTANG, SABARIAH SHARIF

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknologi di sekolah rendah luar bandar di negeri Sabah merupakan cabaran besar kepada guru bahasa. Kajian ini mengkaji pendekatan PdP pelbagai sensori dan ICT oleh 40 orang guru pelatih sukarela dari sebuah universiti awam di Sabah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan Rangka Kerja Luckin “The Learner Centric Ecology of Resources Framework” sebagai panduan untuk mengkaji bagaimana ilmu berkaitan PdP di pelajari secara berperingkat-peringkat oleh guru pelatih tersebut. Temubual secara fokus kumpulan dikendalikan untuk memperoleh data kualitatif daripada guru pelatih yang terpilih dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti daripada guru pelatih berasa amat selesa menggunakan pendekatan pengajaran pelbagai sensori dalam PdP bahasa kerana kaedah ini berjaya membantu mereka berkongsi ilmu yang disalurkan secara multimedia dengan pelajar sekolah melalui Internet (ICT). Penulisan jurnal refleksi oleh guru pelatih tersebut juga mendapati bahawa mereka dapat menggunakan jenis multimedia yang sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar serta berjaya memperkuatkan pengurusan pelajar melalui penggunaan multimedia yang berbentuk video dan audio yang dapat mengekalkan perhatian pelajar. Kajian mendapati bahawa Rangka Kerja Luckin amat sesuai digunakan oleh guru pelatih bahasa kerana setiap guru pelatih sentiasa berkongsi ilmu dan pengalaman dalam PdP sepanjang tempoh khidmat di sekolah tersebut. Kaedah pelbagai sensori melalui ICT dibuktikan amat berjaya menarik minat pelajar dalam pembelajaran bahasa dan disarankan untuk dipraktikkan di sekolah rendah.