UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
PENGLIBATAN GRADUAN LEPASAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN DALAM KEPIMPINAN KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Abdull Sukor Shaari, Ghazali Hamid, Mazura Jamali

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan sebuah dapatan kajian berkenaan tahap penglibatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UUM kepada kegiatan   kokurikulum sekolah dan menjelaskan masalah-masalah utama guru dalam penglibatan kokurikulum di sekolah. Daripada sejumlah 21 responden yang menjadi sampel kajian, hasil kajian menunjukkan bahawa  tahap penglibatan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan UUM kepada kegiatan kokurikulum adalah berada pada tahap sederhana tinggi dan berbeza-beza mengikut jenis kegiatan kokurikulum yang disertai seperti sukan, persatuan atau unit beruniform. Selain itu, secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menjawab keraguan adakah  UUM  telah memberikan kemahiran yang mencukupi untuk guru terlibat dalam kegiatan kokurikulum. Hai ini demikian kerana dapatan kajian menunjukkan sebahagian besar guru  mengatakan bahawa bahawa UUM telah memberikan sumbangan yang mencukupi kepada pengetahuan mereka untuk terlibat dalam kegiatan kokurikulum sekolah.