UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Faktor-Faktor Mempengaruhi Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Guru di Sekolah
Shamsiah Bte Sidek

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan TMK guru seperti pengetahuan, kemahiran, sikap, gender, lokasi, kemudahan, fizikal, pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Walaubagaimana pun  faktor kemahiran dan sikap terhadap TMK sangat mempengaruhi guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Kemahiran TMK  diperlukan supaya guru boleh mengguna dan mengintegrasikan TMK secara berkesan  dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengaruh sikap  boleh dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu sikap kepada teknologi  dan sikap kepada penggunaan TMK dalam pendidikan. Motivasi juga  boleh  mempengaruhi  sikap guru untuk menggunakan TMK. Teori keberkesanan diri  digunakan dalam penyelidikan berkaitan dengan intensiti  individu kepada penggunaan teknologi maklumat. Teori `Diffusion of Innovations` pula merujuk kepada  integrasi TMK  ke arah penggunaan  teknologi baru. Objektif kajian ialah untuk membina  Model Standard TMK  yang perlu dikuasai oleh guru mata pelajaran Geografi di negeri Johor untuk digunakan dalam bilik darjah  semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Data  untuk kajian ini akan dikumpulkan melelui  penggunaan soal selidik dan dianalisis secara deskriptif. Kajian ini dijangka akan memberikan elemen-elemen TMK yang perlu dikuasai oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

TMK, kemahiran, sikap, integrasi teknologi, `diffusion of innovations`dan standard kopentensi.