UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Gaya Pembelajaran Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) Di Politeknik Zon Utara Terhadap Kursus Analisis Litar (EE602)
Nurliyana Saat, Wan Hanim Nadrah Wan Muda

Last modified: 2015-08-24

Abstract


Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza mengikut kecenderungan masing-masing. Gaya pembelajaran yang sesuai akan menyumbang kepada pencapaian akademik yang baik dalam apa juga konsep mata pelajaran yang dipelajari.  Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti apakah gaya pembelajaran yang dominan dalam kalangan pelajar dan adakah ia mempengaruhi pencapaian akademik pelajar terhadap kursus Analisis Litar (EE602). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Model Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman digunakan sebagai asas kajian ini dan instrumen kajian yang digunakan adalah soal Indek Gaya Pembelajaran Felder & Solomon (ILS). Seramai 166 orang pelajar Diploma Kejuteraan Elektronik (Perhubungan) di politeknik di zon utara telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan kecenderungan pelajar adalah kepada gaya pembelajaran secara visual. Secara keseluruhannya, pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan) di politeknik zon utara mempunyai gaya pembelajaran jenis aktif bagi dimensi pemprosesan, kepekaan bagi dimensi pengamatan, visual bagi dimensi input dan tersusun bagi dimensi pemahaman. Gaya pembelajaran bukanlah faktor utama bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar, namun ia  boleh digunakan bagi melihat kecenderungan gaya pembelajaran yang dimiliki oleh pelajar. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar dapat membantu pendidik dalam merancang strategi pengajaran dan aktiviti pembelajaran mengikut kesesuaian gaya pembelajaran pelajar