UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Stres Dalam Kalangan Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Sekolah Menengah
nor aida ahmad, wan hanim nadrah wan muda

Last modified: 2015-09-04

Abstract


Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap stres dalam kalangan guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) sekolah menengah di daerah Maran, Pahang daripada aspek bebanan kerja, masalah pelajar, kekangan masa dan hubungan rakan sekerja serta mengenalpasti adakah terdapat perbezaan antara guru perempuan dan guru lelaki. Kajian ini dilaksanakan ke atas 86 orang guru-guru KHB sekolah menengah di daerah Maran dengan menggunakan instrumen borang soal-selidik. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistikal Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres guru KHB daripada aspek masalah pelajar berada pada tahap yang tinggi. Tahap stres daripada aspek bebanan tugas, kekangan masa dan hubungan rakan sekerja pada tahap yang sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan  yang signifikan antara guru perempuan dengan guru lelaki daripada aspek bebanan kerja, masalah pelajar, kekangan masa dan hubungan rakan sekerja.  Kesimpulannya, perbezaan jantina tidak memberi kesan terhadap stres dan aspek masalah pelajar telah menyumbang tahap stres yang tinggi dalam kalangan guru.