UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
REKABENTUK KERANGKA CRISEP TERHADAP PROGRAM KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA.
Rawiyah Binti Abd Hamid, Ahmad Rizal Bin Madar

Last modified: 2015-08-27

Abstract


Kajian ini membincangkan tentang faktor kejayaan kritikal terhadap program keusahawanan yang berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara. Berpandukan kerangka Crisep kertas ini meliputi keseluruhan empat domain faktor kejayaan kritikal dalam merealisasikan kejayaan program keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti yang merupakan halatuju Kementerian Pengajian Malaysia KPM. Berdasarkan laporan empirikal beberapa pengkaji lepas mendapati bahawa terdapat hubungan antara program keusahawanan dengan faktor kejayaan usahawan. Secara implikasinya kerangka Crisep ini sangat penting untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada pelajar serta pensyarah dalam program keusahawanan malahan dapat melahirkan pelajar yang modal insan, kreatif dan inovatif disamping mereka dapat mengalami keadaan sebenar dalam dunia keusahawanan. Kesimpulannya, penyelidik mengharapkan kertas ini dapat memberikan manfaat dan gambaran dalam penambahbaikan kepada KPM dan dijadikan panduan disamping dapat membantu kolej komuniti mempelbagaikan program keusahawanan yang menjamin masa depan dan ekonomi negara.

 

Kata Kunci: Keusahawanan, Program Keusahawanan, Faktor Kejayaan Kritikal dan Kerangka Crisep