UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Kolej Kediaman Lestari: Penelitian Kemudahan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
mohd reduan buyung, Haryati Shafii

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara iaitu menghasilkan insan cemerlang tanpa mengira geografi, jantina atau latar belakang sosioekonomi maka satu pengkajian terhadap keperluan kemudahan golongan orang kurang upaya (OKU) di kolej kediaman secara khusus perlu dilakukan. Pertambahan bilangan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat turut menpengaruhi pertambahan pelajar golongan orang kurang upaya (OKU) di institusi pendidikan tinggi seperti universiti. Ianya merupakan satu faktor keperluan terhadap kemudahan OKU kolej kediaman ditambahbaik sewajarnya.  Perancangan dan pembangunan kolej kediaman perlu mempertimbangkan kemudahan khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang lengkap dan sempurna. Konsep kolej kediaman lestari merupakan satu konsep kelestarian menyeluruh dalam menyediakan kemudahan yang pelbagai kepada pelajar normal dan OKU. Objektif kertas ini adalah untuk meneliti dan mengenalpasti permasalahan yang wujud terhadap kemudahan OKU di kampus khasnya di kolej kediaman. Metodologi yang digunakan dalam kertas ini adalah secara tinjauan literatur. Penelitian terhadap kemudahan OKU pada masa kini perlu bagi memastikan kelemahan dan permasalahan yang timbul bagi menyediakan kemudahan yang sempurna dan berkualiti pada masa hadapan. Penulisan ini  juga akan menbincangkan kemudahan OKU dalam konteks konsep kolej kediaman lestari. Pengkajian diperingkat awalan berkaitan kemudahan OKU diharapkan dapat membantu dari mengenalpasti kelemahan yang ada dan dapat diwujudkan satu garis panduan menyeluruh dalam pembangunan kolej kediaman lestari.