UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Keberkesanan Pembelajaran Teradun: Satu Eksplorasi
Azidah Abu Ziden

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Keupayaan dalam mempelbagaikan strategi dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan guru sering diperkatakan. Artikel ini memberi tumpuan kepada keberkesanan strategi pengajaran berasaskan pembelajaran teradun (blended learning) kepada pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 di sebuah Universiti Awam.  Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka penggunaan pembelajaran teradun berasaskan Web 2.0. Seramai 137 orang pelajar perguruan dalam jurusan Pendidikan Khas  ditinjau tentang pengalaman mereka kepada dalam menggunakan kaedah pembelajaran teradun selama 5 minggu. Ini termasuklah  (1) reka bentuk kursus, bahan pembelajaran dan persekitaran kursus berasaskan pembelajaran teradun; (2) interaksi antara pelajar dan pensyarah; (3) interaksi dengan rakan-rakan; (4) proses pembelajaran individu; dan (5) Kemahiran yang terhasil dari interaksi dalam pembelajaran teradun. Sepanjang kajian ini, pelajar didedahkan dengan cara yang berbeza dalam melaksanakan pembelajaran teradun dalam persekitaran bilik darjah. Pelajar juga diberi pelbagai tugasan dan aktiviti-aktiviti bagi membolehkan mereka mengeksplorasi aplikasi Web 2.0 termasuklah penghasilan video, penggunaan gamification dan aplikasi infografik. Pelajar diminta mengisi soal selidik dan temu bual secara kumpulan berfokus kemudiannya dijalankan untuk menilai persepsi pelajar terhadap pelaksanaan dan isu-isu dalam menggunakan kaedah pembelajaran teradun. Keputusan menunjukkan bahawa pembelajaran teradun berkesan dalam menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar melihat pembelajaran teradun sebagai memberi manfaat kepada pembelajaran mereka dan kaedah pengajaran ini  meningkatkan motivasi dan penyertaan mereka dalam aktiviti bilik darjah. Kesimpulan daripada kajian ini mendapati pembelajaran teradun mampu meningkatkan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar, serta menyediakan  pelajar dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran  Abad ke-21.