UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KO-KURIKULUM; SUATU KAJIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN, SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA (INTEGRASI), SEKSYEN 4, SHAH ALAM, SELANGOR
Zaharul Azwan Abdul Razak

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Kajian  ini  bertujuan  mengetahui  faktor-faktor  yang  menghalang penglibatan  pelajar-pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan  di Sekolah  Kebangsaan Raja Muda ( Integrasi ). Kajian  ini  ingin melihat  faktor  penghalang dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Data kajian  yang  dikumpul  diproses  dengan  menggunakan  program  SPSS  versi 11.5. Statistik deskriptif  iaitu  frekuensi, peratusan dan min  telah digunakan untuk  menjelaskan  profil  responden  dan  menjawab  persoalan  kajian. Sementara  itu,  statistik  inferansi  dan  ujian  t  digunakan  bagi      melihat perbezaan   antara  faktor penghalang  iaitu  faktor struktur,  interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t  digunakan.  Bagi  melihat  perbezaan  di  antara  faktor  penghalang  faktor struktur,  interpersonal  dan  intrapersonal  penglibatan  dalam  kegiatan kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula digunakan  bagi  melihat  perbezaan  faktor  penghalang  iaitu  faktor  struktur, interpersonal  dan  intrapersonal  penglibatan  pelajar  dalam  kegiatan kokurikulum   antara pelajar pelbagai bangsa  iaitu Melayu, Cina dan  India. Seramai  160  responden  yang  terdiri  daripada    pelajar  tahun 5 dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati faktor  struktur  merupakan  faktor  utama  yang  menjadi  faktor  penghalang dalam  penglibatan  pelajar  dalam  aktiviti  kokurikulum  sukan.  Kajian  juga mendapati  bahawa  tidak  terdapat  perbezaan    yang  signifikan  antara  faktor struktur,  interpersonal dan  intrapersonal dengan  jantina. Manakala  terdapat perbezaan  yang  signifikan  antara  faktor  penghalang  interpersonal  dan intrapersonal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soal selidik bagi mengumpulkan data.