UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Faktor-Faktor Pendorong Kepada Minat Pelajar Lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (Pt3) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sabk) Terhadap Bidang Vokasional Di Daerah Ledang
mohd hasril amiruddin

Last modified: 2015-08-24

Abstract


Dorongan terhadap minat sesuatu bidang merupakan perkara yang amat penting dan harus didedahkan dari sejak awal bagi membantu pelajar dalam halatuju mereka di masa akan datang. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor pendorong kepada minat pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di daerah Ledang, Johor. Aspek-aspek yang dikaji ialah faktor pendorong ibu bapa, faktor pendorong rakan sebaya dan faktor pendorong guru bimbingan kaunseling. Kajian ini berbentuk tinjaun deskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimana responden adalah seramai 118 orang yang diambil dari keseluruhan populasi. Data dianalisis dengan menggunakan perisisn Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga faktor pendorong kepada minat pelajar lepasan PT3 terhadap bidang vokasional di daerah Ledang berada pada aras sederhana rendah.