UTHM Conference Portal, Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia 2015

Font Size: 
Membangun modal insan kreatif di institusi pendidikan tinggi menggunakan pendekatan neriage
Aidah Abdul Karim, Saemah Abdul Rahman, Mazalah Ahmad, Zanaton Ikhsan

Last modified: 2015-09-01

Abstract


Pembentukan graduan pusat pengajian tinggi yang berkemahiran menyelesaikan masalah sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025 memerlukan pembelajaran dalam kelas yang membangunkan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Pendekatan neriage merupakan salah satu pendekatan penyelesaian masalah secara berstruktur (structured problem solving) yang memerlukan pelajar menggunakan pemikiran kreatif dan inovatif mereka menerusi pembelajaran dalam kelas. Menerusi pendekatan neriage, pelajar membentangkan penyelesaian bagi permasalah yang diberi dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya tentang penyelesaian tersebut. Pelajar bukan sahaja berinteraksi, berkongsi dan merefleksi pelbagai penyelesaian masalah, dan pengalaman dan pengetahuan yang berbeza yang mendasari penyelesaian tersebut, malah secara kolektif mengenalpasti permasalahan yang paling sesuai. Memandangkan tingginya potensi pendekatan neriage dalam membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar pengajian tinggi, kertas ini akan membincangkan penggunaan pendekatan neriage merentas pembelajaran dalam kelas.